<description><![CDATA[pada januari yang lepas(saya tak pasti bilakah tarikhnya, sebab dah lama sangat saya simpan gambar ni untuk di tunjukkan kepada para2 penonton fotopages), saya dan tunang saya, iaitu idi norbarkhtiar telah ke taman burung yang berada di kuala lumpur, berdekatan dengan lake garden. pada sesiapa yang belum pergi, saya rasa inilah tempat yang menawarkan masa untuk anda melihat pelbagai jenis burung yang cantik dan dijaga daripada terus pupus, contohnya, burung cenderawasih. walaupun saya bukanlah doktor haiwan, tetapi kecomelan dan kelawakan haiwan haiwan ini amatlah mencuit hati. untuk informasi anda semua, taman burung ini merupakan taman burung yang terbesar di malaysia, dan juga di SERATA DUNIA. haaa~jadi aper tunggu lagi, saper saper yang rasa dah buhsan dengan shopping complex seperti one utama, KLCC, the curve, mid valley dan pelbagai lagi, saya mengesyorkan anda melawat sejenak taman burung ini untuk memupuk  sifat cintakan haiwan dan alam semulajadi. janganlah nanti setakat burung enggang pun kalau anak tanya , pun tak kenal kan kan kan? :-> bikin malu saja beb~so anyway, selamat menonton gambar2 yang disajikan, terima kasih! :P  :-D ]]></description>
<description><![CDATA[hari saya bertunang ialah pada 1 hb 7, tapi atas sebab2 teknikal yang tidak dapat dielakkan, hari inilah baru saya dapat upload dengan sepenuhnya gambar2 yang sepatutnya dah diuploadkan beberapa hari yang lepas. msjlis pertunangan saya tidaklah berlangsung di rumah, sebaliknya berlangsung di kelab templer park, nampak jer grand tapi takder la sangat. bukan apa, ayah saya tak mahu mengotorkan kawasan umah saya, tambah plak pertunangan saya ni agak awal bagi mereka nak buat persiapan. so berlangsunglah majlis tersebut di sana. 8-)  majlis bermula pada pukul 3 petang, berakhir pada kira2 jam 6 sebab kami duduk di kelab tersebut untuk menyanyi dan sebagainya. pihak lelaki mengantar 10 dulang, dan kami membalas sebanyak 11 dulang, bukan apa, ada la plak orang mai bawak extra dulang. takkan nak tolak kan LOL apa2 pon saya amat berterimakasih kepada kedua orang tua saya sebab menganjurkan majlis ini, kepada makcik saya yang sanggup datang dari penang , mami sue sebab sudi menggubah apa2 yang patut, kawan2 saya yang turut hadir(kb, fuza dan dr di, tq), uncle said, jiran2 umah yang berdekatan(auntie rozie dan auntie leha), serta kawan ayah2 saya dan mereka2 yang namanya tidak saya sebutkan di sini. 
secara rasminya, saya dijadualkan berkahwin pada tahun hadapan, selewat2nya pada bulan 12 nanti. insyallah kalau tidak ada aral melintang, saya akan menjemput semua yang saya kenal untuk datang ke majlis saya. dan terima kasih juga kepada pihak lelaki kerana sudi datang, thanx to you my dear sebab sudi amik saya jadik tunangan awak. akhir sekali, life rocks~! :-O (sungguh tidak relevan, tapi itu lah hidup..nge ngeh ngeh)]]></description>
<description><![CDATA[heloo buddies!sorry for not updating my fotopages, u know la, been busy with stuffs, nak get used dengan malaysian lifestyle lagi, my tummy also getting bigger everyday sebab makan banyak. haha. anyway, it is nice to be home, but still, i miss akita so much, i miss the summer breeze, the path that i used to walk, the mountain that i used to gaze when i cry. well, it is a great memory. having nice kohai's around, but i guess it is time that we have to walk separately right?i just hope that they are doing great out there, and wishing you all  da best in your studies. never worry about your coming problems, because there are going to have problems and critics no matter how good you are(i am going through it). keep the spirit up tau! :P 
anyway, to those yang nak tengok my pic ni, silalah tengok pepuas, i hope you do enjoy it. semoga akan tercatat satu sejarah ader budak pernah pakai songket kat akita, and i do hope that the japanese will salute us for having such a nice costums compared to them. and i am so proud to represent my identity(hish, aku glemer tak sudah). so itujer la nak kasik tau dengan korang2 yang tengok gambar ni, this is me :-D  challow~~~]]></description>
<description><![CDATA[selamat sejahtera kepada semua. terima kasih daun keladi kepada mereka2 yang membeli barangan saya selama ini :-D (ingatkan tak laku). maka dengan itu saya menawarkan lagi bender2 yang comel dengan harga yang insyallah berpatutan untuk dibeli oleh semua orang. tahun ni akita tak turun salji sebab dengar katanya pemanasan global. so marilah kita sama2 recycle bender2 yang boleh di-recyclekan :-) 
memandangkan saya tidak memberikan banyak maklumat ketika pada masa yang lalu tentang sesuatu item, maka saya berpendapat adalah lebih bagus kalau saya memberikan maklumat sebagai panduan kepada pembeli2 yang selalu refresh page saya ni. akhir kata. selamat membeli!! 8) 
(mengikut nombor list barang dalam page ini)
1) lampu biru comel-saya beli lampu ni kat nitori dengan harga 2000 en. comel dan sangat cerah jika dipasang berhampiran webcam. boleh digunakan untuk buat hiasan dalam bilik. cuma saya tersilap beli mentol, terbesar sket. tapi kalau anda sukakan mentol yang kecik, boleh jer tukar, takder masalah. kalau nak pakai sono mama pon, tetap takder masalah dengan cahaya dia.
2) mesin pembasuh baju otomatik- ni antara barang kesayangan saya. sebab tak pernah buat hal. dan hanya mengambil masa selama 16 min untuk menyiapkan cucian. masukkan semua serbuk baju dan pelembut, dan biarkan dia memusingkan diri sorang2. saper beli ni dapat bakul baju sekali.
3)frigde-bermacam2 khazanah yang tersimpan dalam peti sejuk ini. nampak kecik tapi banyak barang boleh muat kalau disusun mengikut kreativiti. yang paling saya suka, tak makan banyak space.
4) bantal kenangan CELICA- saya sayang dengan bantal ni. sebabnyer saya beli sekali masa saya beli CELICA saya dahulu. tapi besar sangat nak bawak balik. kalau ader yang berminat, nanti saya  basuhler bersih2 sebelum kasik.jangan risau dengan jangkitan AIDS dan sebagainya, saya masih suci~huhu
5)penggantung baju-yer, nampak seperti mahal, tapi kalau anda gi HOMAC, jangan harap nak dapat harga macam ni. saya akan sertakan penyangkut baju saya yang belambak2 sebagai sabis.
6) curtain-nampak macam tak penting, tapi sangat penting. saya beli ni kat nitori gak, na dekat 3000 en kot. keistimewaan curtain ni ialah dia agak tebal, dan labuh sampai ke bawah(sila lihat 6b).kalau dia labuh sampai ke bawah, maka dia lebih atatakai dari curtain yang separuh. aa..menarik kan?
7)denki mofu-yang ni tak payah la cakap, memang panas. sedap jer pakai. akan saya basuh masa nak kasik kat saper2 yang beli. kotak pon ader. baru jer beli tahun lepas ni.
8)blender-saya tak boleh hidup tanpa bender ini. digunakan untuk blend bermacam2 bender. so far tak pernah rosak, atau buat hal. bender yang kecik besar sumer bleh masuk. batu jer tak pernah terai.
9)kotak sampah-ni ader dua bukaan, satu di atas dan satu di bawah. atas tu bleh la guna untuk buang sampah can, botol dan sebagainya, manakala yang bawah dia boleh dipakai untuk buang sampah biasa2. terpulang pada kreativiti anda.
10)dapur-ni pon bender kesayangan saya. siapalah saya tanpa dapur ini. api dia kuat dan ader tempat grill kat bawah dia. space pon kecik dan menjimatkan., saya beli yang ni dekat 2000 en kot. tapi malangnyer bleh pakai kat apato yang ader gas 13A. tak boleh digunakan untuk apato gas propan.
11)DVD dan VCD malaysia- ni dibeli dari malaysia, original dan ader yang tak original. ader citer hindustan, thailand dan semestinya malaysia. ni baru sket jer, ader beberapa lagi yang saya tak tunjuk. surely ader citer yang korang dah tengok, tapi buat susah plak la nak pilih satu2. so saya kasik special prize, amik jer semua, bleh tengok banyak2 kali.
12)tong sampah tweety- ni pon comel. kalau nak buang sampah dalam bilik sahaja jer. boleh diletakkan di mana, tak sakit hati tengok. kalau sakit2 nak muntah dalam ni pon boleh,. dibuat dari besi dan sangat tahan.hehe.
13)kerusi- saya rendah, so terpaksa pakai kerusi untuk angkut barang yang ader kat rak atas di dapur. tapi banyak jugak kegunaan, contohnyer meletakkan barang2 tertentu masa masa, duduk atas dia sementara tunggu saper2 ker. yang paling saya suka buat ialah basuh pinggan sambil duduk. besh ni.
14)jeans jacket- saiz M. nak kata banyak kali pakai pon tidak jugak, tapi takderla sedikit. tapi memang masih terjaga dan masih lawa, sebab pakai masa haru sahaja. labuh melepas punggung, dan agak tebal. 
15)jacket bulu2 fuyu- ni pon barang hit. sebabnyer, dia macam artis sket berbulu2. dalam dia(sila lihat 15a) pon tebal sebab ader bulu2. ni beli masa 1 nen sei, pastu tak pakai sebab badan mengecik. ni saiz L, so saper2 yang rasa nak memakai bleh la kontek saya.
16)gianni versace long sleeve-hohohoho, ni lagi satu ni. beli kat malaysia nak dekat rm 300. tapi jarang memakai. sebabnyer, dia lengan panjang, dan kene hantar dry cleaning, so dalam setahun bleh kirer dengan jari baper kali jer pakai. kualiti masih terjaga. (ni baru lepas dry cleaning, masih dalam plastik lagi)
17) alat senaman-ader sesapa berminat nak menguatkan otot tangan?sila2. ni kalau beli kat HOMAC dalam 1000 en kalau tak silap. aa..murah kan?marilah bersama2 membina hidup yang sehat..hehe.
18)cermin panjang-ni beli dari sempai. bleh nampak dari hujung kepala sampai hujung kaki. bleh la jugak tengok badan makin gemuk ker kurus. salah satu rahsia macam mana saya turunkan berat saya sebanyak 10 kg.
jadiknyer, setakat ni, ni jerla yang dalam simpanan saya. kalau ader bender2 menarik, nanti saya kasik tau sumer owang yer. konkai mo yoroshikuk ne!
*baju2 akan di dry clean kan sebelum saya kasik kepada yang berminat. so dont worry!
(ops..seperti biaas, saper beli banyak dapat sabis..hiks~~lelongan yang lepas masih ader satu lagi rak yang belum terjual, sila2 saper yang berminat) :P )]]></description>
<description><![CDATA[assalamualaikum sumer~ :-D ni nak buat pengumuman tentang lelongan barang2 saya. jadik saper2 yang berminat bolehlah msg saya yer. kalau ader terasa yang bender2 tu mahal dan tak sepadan dengan harganyer, bolehlah berunding, no hal beb, bleh compromised. sebenarnyer saya dapat idea ni dari member yang kebetulan melelong baju2 nya yang lawa2 dengan harga yang murah kat member2, dan member2 dia pon berpuas hati dengan barangan2 tu. jadik aper kata 'we save the world' dengan re-use balik bender2 yang telah dibeli oleh saya dan yang lain2.
oh yer, msg ini juga ditujukan kepada mereka yang nak masuk umah baru, nak pindah umah atau pun yang nak tambah murah. hampir kesemua bender yang dilelong ni saya tak dapat dari sempai, beli sendiri beb. so harap2 nyer aderla yang berminat. kalau ader yang membeli banyak barang2 barangan dari saya, kemungkinan akan dapat service tu tinggi. okays~itu sahaja nak cakap, happy viewing!
<description><![CDATA[setiap gambar dikatakan terselit seribu kenangan yang tersendiri. begitulah juga gambar saya pada kali ini. tahun 2007 merupakan tahun yang bersejarah buat diri sendiri kerana saya akan pulang ke Malaysia setelah bertahun2 saya duduk di jepun.. yer, 6 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. saya mahu enjoy puas2, tapi saya ader exam yang bakal menjelang pada bulan 2 nanti, maka terpaksalah bersederhana dalam men 'enjoy' kan diri 8-) 
okaylah, daripada membebel lebih banyak, marilah saya menceritakan beberapa sinopsis mengenai gambar saya pada kali ini. pada 1 jan 2007, saya, ima, kucai dan shazzy(mereka semua adalah junior, tapi shazzy adalah satu2nya junior yang masih belum habis belajar lagi- pendek kata, masih di tahun 2) berlumba2 ke forest dan eon akita untuk membeli belah. jadi, apa ada dengan 1st of january?maka tersebutlah kisah, sebenarnyer masa hari ini, owang jepun akan bukak kedai, dan menjual satu karung yang bernama 'fuku bukuro'. jadiknyer, ala2 sale la jugak, cumanya kita tatau aper yang ader dalam fuku bukuro tu(ala2 suprise la). dan yang lagi best, selalunyer harga barang2 yang ader dalam fuku bukuro tu biasanya lebih murah dari kalau kita beli seketul2 barang tu diluar. tak baper banyak sangat gambar masa new year, sebab kami2 semua sebuk bershopping, saya angkut fuku bukuro levis, perfume. 10 ketul ko perfume aku ader sekarang :-D memang memenatkan hari tersebut. nak dekat 12 jam la jugak merayau2. 
okay, sekarang mari cerita pasal hot spring. kiter owang gi hot spring ni masa 4 hb sampai 5 hb. tito semalaman sahajalah. jadiknyer, kalau kat jepun ni, ownag panggil 'onsen', yang sangat terkenal sebab saper nak masuk memang kene bogel2.(haha) :-> jadiknyer, kami bertolak dari akita pada jam 1 tengahhari dan sampai kat sana pada jam 315 gtu. kami lepas tu gi tengok bilik lepas tu makan nasik lemak yang dibuat oleh shazzy dan sher dan dibantu oleh saya :P memang budak ni bantai makan aaa, bonchet sorang2  :weee: lepas tu memang kami pon bersiap2 untuk silat dan sebagainya, lepas tu gi makan kul 6, memandangkan owang jepun ni memang makan awal. bleh tahan banyak la jugak makanan dia, dan sedap. worth it dalamerti kata lain. lepas tu kami pergila masuk onsen beramai2, dan disinilah tanggapan saya bahawa orang jepon adalah satu bangsa yang sangart kotor dan kurang hajar terserlah(ader kes sebenarnyer jadik) :get_you: tapi takperla, biarkan mereka dengan babi2 nya. lepas tu kami sambung main card kat bilik budak2 laki, memang tak hengat ler dude~sekor gelak macam hampeh. ima sebab ngantuk punyer pasal, dia dah rebah dulu(lawak tul). jam 1230 time kami tito pun, masih lagi dengar sore sumbang budak2 laki mengekek gelak dok main kad. i guess they really had their time LOL 
lepas tu dalam pukul 6 saya bangun, gi amik air semayang untuk solat subuh, lepas tu ajak ima gi onsen lagi. phew~tengah sejuk2 tu masuk kolam air panas, memang siok la wa cakap sama lu :cloud9: lepas dah habis mandi manda, kiter orang bersiap2 gi makan pagi(buffet, tapi tak baper besh sangat, cukupla untuk mengalas perut kami). and then kul 10 kiter orang check out dan balik ke akita.
apa yang boleh disimpulkan dari vacation di atas ialah, memang memenatkan  tapi best dan berpatutan harga dia(affordable). rasa puas hati sangat sebab dapat spend masa dengan budak2 akita yang kerek2 tapi bleh layan punya. tahun2 depan buat la trip macam ni lagi wey~berkembang sket korang punyer pengetahuan. asik2 men bod jer..wahahahaha(ops sensitip) :lol_up: ]]></description>
<description><![CDATA[arini adalah hari raya haji. so mulai semalam memang kami seperti biasa dah setat masak ramai2, aku lagi bersemangat lagi tahun ni sebabnyer ni adalah raya terakhir aku kat jepun ni. memang la beb, saper tak seronok, nak dekat 6 tahun asik beraya jauhd ari perantauan, tak main la balik2 msia kan :-D (sebenarnyer takder cuti dan tak boleh balik..hehe) jadiknyer banyak ler yang kami masak, aku tahun ni gi tolong budak2 ni potong2 barang sahaja. but it was really a busy nite. sher dengan shazzy ke hulu ke hilir tengok keadaan budak2 lain. tak dilupakan juga kepada jubam, kucai dan lain2 yang turut menyumbang dalam membantu serta membelikan barang2 keperluan untuk memasak.malam semalam balik dalam pukul 1 kat rumah, lepas tu pagi tadik terbangun lambat sket dari waktu yang dijadualkan, nasib baikla sempat nak solat raya. kalau tak mau kecewa! $-) 
pastu kucai menjadi iman dan membacakan khutbah pada pagi tadi, memang rasa hampir menitis jugakla air mata sebabnyer aku tetiber jadi sebab bercakap pasal pengorbanan. sememangnya kalau kita berkorban demi menegakkan agama Allah, maka kita akan lagi bersemangat dalam menempuhi dugaan. maybe aku tensen2 ni sebab dah tersimpang hala tuju. thanx for the rememberance! ;-) 
dan bercakap pasal makan2 ni, dalam pukul 10 gitu budak2 ni pon dah setat menyerbu makanan2 yang patut. dengan nasik yang meriah dan lauk yang banyak, agak kenyang la jugak perut ni. terlebih2 plak tu. budak laki amik sampai 2,3 round. alhamdulillah kenyang. lepas tu kami memulakan sessi penggambaran sesama budak2 wanita akita, yerlah, lepasni memang takkan dapat punyer peluang yang macam ni 8-) lepas tu budak2 laki yang tengok kami bergambar naik siok, depa plak yang sambung(sabar jer la..haha). pastu aktiviti disambung lagi dengan menonton pirates of the caribbean yang dibawa oleh bullet. ader budak2 yang tito la, ader yang masuk round ke baper ntah makan(termasuk aku) LOL 
lepas dah habis movie ni, kami pon dah hilang idea nak buat aper, tapi wawa plak sambung aktiviti dengan bawak PS2 yang untuk menari2 tu. so budak2 laki ni naik syeikh, depa menerai2. ni ader satu gambar yang poji menarik, tengokla tangan dia tu, bullet kata macam gorilla(kijam ko bullet) :-> tapi memang bleh pecah la gelak tengok budak2 ni nyer gelagat masa menari. sekor2 keras badan!
lepas dah tatau nak buat aper, kebetulan aku pon penat, aku dan ima decide nak balik. kucai ader ajak pergi main boling, tapi nampaknyer macam takder owng nak pergi satu, lepas tu aku pon dah penat, ima siap baru balik keje kilang pagi tadi, jadiknyer kami bersetuju untuk pulang dan kemudian rehat untuk esok. oh, ada apa dengan esok ya?aaa..untuk pengetahuan semua, esok adalah hari sales untuk seluruh jepun. sher pergi sendai, loq dan opi pergi sendai untuk memenuhio nafsu membeli belah mereka. aku pon tingin gak nak pergi, tapi takperla, aku takder bajet. aper2 hal pon, aku memang tak sabar nak menunggu esok.  :ty_ty: ]]></description>